HONOR Malaysia Mengesahkan Kehadiran MagicBook Dan 9X Pro Comments Off on HONOR Malaysia Mengesahkan Kehadiran MagicBook Dan 9X Pro

HONOR Malaysia hari ini telah mengesahkan bahawa mereka bakal memperkenalkan produk ekosistem pintar ke negara ini tidak lama lagi. Malaysia dipilih sebagai antara negara terawal yang akan menerimanya, termasuklah dua peranti terbaru HONOR MagicBook dan HONOR 9X Pro.

HONOR Malaysia tidak mendedahkan tarikh khusus bilakah dua produk ini akan dijual tetapi apa yang pasti ia akan diumumkan dalam masa terdekat ini memandangkan taklimat media mengenai produk akan didadakan esok.

HONOR bakal meneruskan persidangan pelancaran produk terbaru pada 25 Februari ini Barcelona. Walaupun MWC 2020 telah dibatalkan, anda masih boleh menonton secara langsung melalui laman sesawang www.hihonor.com/global, jam 1.30 pagi waktu tempatan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend