HONOR Malaysia Catat 1000% Kenaikan Jualan Peranti Boleh Pakai Dalam Promosi 11.11 Shopathon Comments Off on HONOR Malaysia Catat 1000% Kenaikan Jualan Peranti Boleh Pakai Dalam Promosi 11.11 Shopathon

Hasil daripada promosi jualan murah sempena ‘11.11 Shopathon’ yang berlangsung pada 11 November 2019 yang lalu, HONOR Malaysia telah berjaya mencatatkan 1000% kenaikan jualan peranti boleh pakai keluarannya berbanding tahun lepas. Menariknya rekod ini berjaya dicapai melalui kategori ‘Wearable’ melalui laman rasmi Hihonor sahaja.

Tali pada HONOR Band 5 Sport diperbuat daripada serat yang boleh dikitar semula.

Antara peranti boleh pakai yang dijual termasuklah model terbaharu HONOR Band 5 Sport yang sebelum ini dilancarkan bersempena promosi ‘Singles’ Day’ pada harga RM79. Dengan ketahanan bateri sehingga 14 hari, ia dilengkapi dengan fungsi Workout Form Guidance dan juga Basketball Mode. Menariknya ia merupakan rekaan mesra alam melalui tali band yang boleh dikitar semula.

Manakala HONOR Band 5 merupakan peranti boleh pakai paling laris di dalam promosi tersebut dengan mencatatkan sehingga 50% daripada jumlah keseluruhan peranti boleh pakai yang terjual. Dilancarkan pada September 2019, ia menyokong ketahanan bateri sehingga 14 hari, paparan skrin AMOLED berukuran 0.95 inci, dan juga fungsi pemantauan SpO2 (Pulse Oxygen Saturation).

Selain peranti boleh pakai, HONOR 20 turut dinobatkan sebagai telefon pintar paling laris dalam promosi ‘11.11 Shopathon’ di Hihonor.

Bagi meraikan kejayaan ini, HONOR Malaysia berbesar hati untuk meneruskan promosi jualan untuk produk keluarannya pada 12.12 (12 Disember) nanti.

Baca juga:

HONOR 11.11 Shopathon Tawar Diskaun Sehingga RM570 Dan Hadiah Percuma Pada 11 November 2019

[Ulasan] 10 Perkara Menarik Pada Gelang Pintar HONOR Band 5

HONOR 9X Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 21 November 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend