HONOR Malaysia Akan Melancarkan Telefon Terbaru Tidak Lama Lagi Comments Off on HONOR Malaysia Akan Melancarkan Telefon Terbaru Tidak Lama Lagi

Dalam masa terdekat ini, HONOR Malaysia bakal melancarkan peranti terbaru. Walaupun mereka tidak menyebut apakah model yang ingin dilancarkan tetapi ada ura-ura mengatakan ia adalah HONOR 9X Lite.

Melalui poster acah yang dimuat naik di Facebook HONOR Malaysia sejak sehari-dua ini, peranti itu memfokuskan kepada keupayaan kamera 48MP. Untuk pengetahuan anda, 9X Lite juga mempunyai kamera 48MP. Bagaimanapun belum boleh dipastikan lagi sama ada peranti yang ingin diperkenalkan itu adalah 9X Lite.

Setelah menyemak spesifikasi dan video buka kotak 9X Lite di YouTube, kami mendapati peranti hadir dengan skrin bertakuk seperti 8X tetapi di bahagian belakang terdapat sedikit perbezaan. HONOR telah mengubah rekaan modul kamera yang mana ia menyertakan lensa utama, kedua, dan LED flash semuanya disusun secara menegak.

Menariknya, peranti ini masih lagi dibekalkan dengan Google Play Store.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend