HONOR MagicWatch 2 Flax Brown Akan Dijual Bermula 20 Januari Pada Harga RM749 Comments Off on HONOR MagicWatch 2 Flax Brown Akan Dijual Bermula 20 Januari Pada Harga RM749

Disember 2019 yang lepas, HONOR Malaysia baru sahaja mula mengumumkan ketersediaan HONOR MagicWatch 2 dalam warna Charcoal Black untuk pasaran tempatan yang dijual pada harga RM699.

Seperti yang dijanjikan, HONOR Malaysia hari ini telah mengumumkan ketersediaan jualan HONOR MagicWatch 2 Flax Brown di Malaysia bermula 20 Januari 2020 ini. Dijual pada harga RM749, ia boleh dibeli melalui hihonor.com/my dan juga HONOR Experience Store (HES) di seluruh negara.

Berbeza dengan edisi sebelum ini, HONOR MagicWatch 2 Flax Brown menampilkan kombinasi tali jam yang diperbuat daripada kulit asli dan juga binaan kerangka daripada stainless steel dengan bezel hitam di sekeliling muka jam.

Menariknya tali jam ini juga boleh ditukarkan ke tali berwarna hitam yang kalis air untuk kesesuaian pengguna.

Dengan ketahanan bateri sehingga 14 hari, HONOR MagicWatch 2 turut dilengkapi dengan fungsi kawalan pemain muzik, dan juga 15 mod kecergasan berbeza untuk pengguna yang ingin kekal aktif.

  • Miliki HONOR MagicWatch 2 Flax Brown berharga RM749 di hihonor.com

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend