HONOR MagicWatch 2 Dilancarkan Dengan Kerangka Keluli Tahan Karat Dan Hayat Bateri 14 Hari Comments Off on HONOR MagicWatch 2 Dilancarkan Dengan Kerangka Keluli Tahan Karat Dan Hayat Bateri 14 Hari

Bersama-sama pelancaran HONOR V30 dan V30 Pro 5G sebentar tadi, satu lagi produk turut diperkenalkan kepada umum. Ianya jam tangan pintar generasi terbaru yang diberi nama HONOR MagicWatch 2.

MagicWatch 2 dikatakan sudah dinaik taraf daripada segi luaran dan dalaman. Hayat bateri kini mampu bertahan sehingga 14 hari lamanya yang mana ia juga boleh dibawa masuk ke dalam air sehingga pada kedalaman 50 meter.

Ciri-ciri yang dibawakan adalah termasuk memantau tahap degupan jantung, mengukur jarak dan kelajuan pada masa sama menunjukkan jumlah pembakaran kalori dengan sensor yang lebih jitu.

Jika memakainya bersama ketika berenang, pengguna boleh mengira skor pukulan renang malah jika berada di darat pula ia mampu memberi amaran sekiranya degupan jantung pengguna didapati lemah. Jika perlukan oksigen, jam akan memberitahu supaya pengguna untuk melakukan senaman nafas.

Tidak seperti Apple Watch, jam pintar HONOR ini turut dilengkapi ciri pemantauan tidur yang boleh diagnos enam jenis gangguan tidur. Sokongan GPS dan GLONASS pula membolehkan MagicWatch 2 dibawa ketika mendaki gunung.

Daripada segi spesifikasi, MagicWatch 2 menggunapakai kerangka keluli tahan karat 361L dengan dua saiz, 46mm dan 42mm. Ia memiliki paparan bersaiz 1.4-inci dan 1.2-inci AMOLED dengan kepadatan piksel kira-kira 326ppi. Dijana cip Kirin A1 yang sama seperti HUAWEI Watch GT 2, jam ini menyediakan ruang storan sebesar 4GB bagi memudahkan pengguna menyimpan lagu untuk digunakan semasa bersenam.

HONOR MagicWatch 2 akan berada di pasaran global mulai 12 Disember ini pada harga CNY1099 (~RM652) untuk saiz 42mm dan bermula CNY1199 (~RM715) untuk saiz 46mm.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend