HONOR MagicWatch 2 46mm Kini Dilancarkan Pada Harga RM699, Dijual Bermula 20 Disember Comments Off on HONOR MagicWatch 2 46mm Kini Dilancarkan Pada Harga RM699, Dijual Bermula 20 Disember

HONOR Malaysia hari ini telahpun melancarkan model jam tangan pintar terbaharunya iaitu HONOR MagicWatch 2 untuk  pasaran tempatan. Ditawarkan dalam varian 46mm, ia akan dijual pada harga RM699 bermula 20 Disember 2019 ini.

HONOR MagicWatch 2 yang dikuasakan dengan cipset Kirin A1 ini berupaya menjanjikan ketahanan bateri sehingga 14 hari. Malah ia turut tersedia dengan teknologi pemantauan kesihatan dan kecergasan pintar.


Hadir dengan paparan skrin AMOLED berukuran 1.39 inci, HONOR MagicWatch 2 46mm akan dijual melalui hihonor.com.my, HONOR Experience Stores di seluruh negara, dan juga kedai rasmi HONOR Official Store di Shopee.

Menurut HONOR Malaysia, HONOR MagicWatch 2 46mm dalam warna Flax Brown berharga RM749 dan HONOR MagicWatch 2 42mm akan ditawarkan dalam masa terdekat ini.

Spesifikasi HONOR MagicWatch 2:

  • Kirin A1
  • Bluetooth 5.1
  • 1.39 inci AMOLED, 454 x 454 piksel (46mm)
  • 1.20 inci AMOLED, 390 x 390 piksel (42mm)
  • Bateri sehingga 14 hari (46mm)
  • Baterisehingga 7 hari (42mm)
  • 41g (46mm)
  • 29g (42mm)
  • 5 ATM
  • 316L Stainless Steel
  • Sokongan panggilan Bluetooth (56mm sahaja)
  • GPS dan GLONASS
  • HUAEEI TruSeen 3.5, HUAWEI TruSleep 2.0, HUAWEI TruRelax
  • Charcoal Black, Flax Brown (46mm)
  • Agate Black, Sakura Gold (42mm)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend