HONOR MagicWatch 2 42mm Sakura Gold Berharga RM799 Akan Dijual Bermula 8 April Comments Off on HONOR MagicWatch 2 42mm Sakura Gold Berharga RM799 Akan Dijual Bermula 8 April

Selain memperkenalkan kemunculan rasmi telefon pintar HONOR 9X Pro, HONOR Malaysia turut mengumumkan kehadiran HONOR MagicWatch 2 42mm Sakura Gold yang tampil dengan gaya yang lebih elegan dan premium.

Dijual pada harga RM799, pembelian HONOR MagicWatch 2 42mm Sakura Gold boleh dibuat bermula 8 April 2020 (12 tengah malam). Pembelian boleh dibuat secara eksklusif di hihonor.com/my dan juga Shopee. Pembeli akan turut menerima HONOR Sport Pro secara percuma (selagi stok masih ada).

HONOR MagicWatch 2 42mm Sakura Gold yang diperbuat daripada 316L Stainless Steel ini menyokong tali jam jenis milanese yang sangat elegan. Dikuasakan dengan cipset Kirin A1, ia mampu menawarkan ketahanan bateri sehingga 7 hari.

Ciri-ciri menarik yang disokong termasuklah 15 mod kecergasan, sistem penglokasian dwi satelit yang menjanjikan kelajuan serta laluan yang lebih tepat, ketahanan air sehingga 50 meter, dan juga tersedia dengan storan 4GB untuk sokongan fail muzik.

Beli HONOR MagicWatch 2 42mm Sakura Gold:

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend