HONOR MagicBook Pro Dengan Rekaan Bezel Nipis Akan Turut Dilancarkan Pada 23 Julai 2019 Comments Off on HONOR MagicBook Pro Dengan Rekaan Bezel Nipis Akan Turut Dilancarkan Pada 23 Julai 2019

Melalui pendedahan rasmi, HONOR sebelum ini telah mengesahkan tarikh pelancaran untuk model HONOR 9X dan HONOR 9X Pro di China yang akan berlangsung pada 23 Julai 2019 ini. Nampaknya HONOR bukan sahaja bakal tampil dengan model telefon pintar, tetapi ia akan turut memperkenalkan model komputer riba terbaharunya.

 

Berdasarkan video acah berdurasi 15 saat MagicBook Pro yang telah dikongsikan oleh HONOR melalui akaun rasmi di laman Weibo, ia jelas memfokuskan kepada rekaan kerangka yang nipis dan juga paparan skrin dengan saiz bezel yang minimum. Dari segi spesifikasi pula sebelum ini MagicBook Pro telah dilaporkan akan menyokong skrin 16.1 inci, dikuasakan dengan Intel Core i5-8265U dan NVIDIA MX250.

melalui, sumber

Baca juga:

Rekaan Panel Belakang HONOR 9X Mula Didedahkan Kepada Umum Melalui Perkongsian Imej Rasminya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend