HONOR MagicBook Habis Terjual Dalam Tempoh 15 Minit, Jualan Kedua Kini Dibuka Dengan Hadiah Percuma Comments Off on HONOR MagicBook Habis Terjual Dalam Tempoh 15 Minit, Jualan Kedua Kini Dibuka Dengan Hadiah Percuma

HONOR Malaysia hari ini telah mengumumkan HONOR MagicBook telah berjaya habis dijual di kesemua platform atas taliannya dalam tempoh 15 minit selepas jualan pertamanya dibuka bermula 12 tengah malam pada 8 April 2020.

Dijual pada harga RM2299, pembelian HONOR MagicBook turut didatangkan dengan hadiah percuma bernilai RM1017 yang terdiri daripada tetikus Bluetooth, HONOR MagicWatch 2 46mm, dan juga beg galas HONOR.

Bagi yang berminat untuk memiliki HONOR MagicBook, jualan kedua komputer riba ini telah dibuka semula bermula hari ini. Pembelian di Senheng dan Senq akan menerima HONOR Band 5 Sport, tetikus Bluetooth, dan juga beg galas HONOR.

Manakala pembelian di hihonor dan Shopee pula akan menerima hadiah percuma iaitu HONOR Band 5i, tetikus Bluetooth, dan juga beg galas HONOR.

Beli HONOR MagicBook dengan hadiah percuma di saluran berikut:

Spesifikasi HONOR MagicBook:

  • Windows 10 Home 64-bit
  • Ryzen 5-3500U + AMD Radeon Vega 8 Graphics
  • 8GB DDR4 + 512GB PCIe SSD
  • 14 inci IPS LCD, 1920 x 1080 piksel dengan bezel nipis 5.2mm
  • 221 x 323 x 15.8mm / 1.45kg
  • 57.4Wh (65W USB-C)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth v4.2, Magic-link 2.0, Fingerprint sensor
  • Speaker stereo Dolby Atmos
  • 1x USB Type-C, 1x USB 3.0 Type-A, 1x USB 2.0 Type-A, 1x 3.5mm combo jack

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend