Honor Magic Watch Habis Terjual Dalam Tempoh Satu Jam Pada Hari Pertama Jualannya Di HiHonor Comments Off on Honor Magic Watch Habis Terjual Dalam Tempoh Satu Jam Pada Hari Pertama Jualannya Di HiHonor

Honor Malaysia telahpun mengumumkan ketersediaan jualan Honor Magic Watch terbaharunya bermula semalam (26 Januari 2019), iaitu serentak dengan jualan telefon pintar dengan kamera pada skrinnya yang pertama iaitu Honor View20.

Dijual pada harga RM599, Honor Magic Watch jelas mendapat permintaan yang sangat positif apabila ia telah habis dijual dalam tempoh satu satu jam pada hari pertamanya di laman rasmi hihonor.com/my. Model yang dilancarkan pada 22 Januari 2019 yang lalu di Paris ini ditawarkan secara eksklusif melalui platform tersebut.

Spesifikasi Honor Magic Watch:

  • Stainless Steel 316L (kerangka) dan plastik (ring dan belakang)
  • Kalis air sehingga kedalaman 50m
  • 1.2 inci AMOLED (390 x 390 piksel)
  • 16MB RAM + 128MB
  • Bluetooth v4.2, GPS (GLONASS, GALILEO)
  • Accelerometer, Gyroscope, Magnetometer, Optical heart rate sensor, Ambient light sensor, Barometer
  • 178 mAh (magnetic charging thimble)
  • 42.8 x 42.8 x 9.8mm
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend