Honor Magic 2 Habis Terjual Selepas 5 Minit Pra-Tempah Dibuka Comments Off on Honor Magic 2 Habis Terjual Selepas 5 Minit Pra-Tempah Dibuka

Beberapa jam lepas kami berkongsi mengenai pelancaran Honor Magic 2 di China yang berlangsung hari ini. Honor kini melaporkan peranti itu telah habis terjual selepas lima minit sesi pra-tempah dibuka.

Magic 2 ialah peranti baharu dalam barisan pengluaran Honor malah rekaannya juga lain daripada model Honor terdahulu. Peranti ini menampilkan rekaan gelongsor serta skrin paparan penuh tanpa takuk bersaiz 6.39-inci beresolusi FHD+. Melalui teknologi ini, ia juga menempatkan pengimbas cap jari terbina dalam skrin.

Tiada angka khusus yang diberitahu selain jumlah pembeli yang telah mendaftar. Pada masa sama, pihak Honor tidak memberitahu ketersediaan kelompok kedua untuk jualan yang akan datang. Di China, Honor Magic 2 akan mula dijual di kedai-kedai bermula 6 November ini.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend