Honor Magic 2 Dijangka Dilancarkan Pada 26 Oktober Comments Off on Honor Magic 2 Dijangka Dilancarkan Pada 26 Oktober

Terbaru, maklumat tertiris dipercayai Honor Magic 2 akan dilancarkan pada 26 Oktober depan menerusi satu poster acah memperlihatkan peranti Honor dengan rekaan gelongsor serta pengimbas cap jari pada skrin. Ini sekaligus menjadikan ia peranti pertama Honor tampil dengan rekaan unik seakan Oppo Find X disamping sokongan fungsi pengimbas cap jari terbina pada skrin.

Terdahulu, Honor Magic 2 dilaporkan akan hadir dengan sistem mekanikal gelongsor yang perlu digerakkan secara manual. Melaluinya, kamera belakang dan kamera depan dapat disembunyikan. Pada bahagian luaran Honor Magic 2 menampilkan paparan skrin yang penuh tanpa takuk. Selain daripada itu, pada sistem pengecasan peranti ini, ia akan dilengkapi teknologi pengecasan pantas Magic Charge 40W.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend