Honor Magic 2 Dengan Rekaan Seperti Oppo Find X Tetapi Lebih Berkuasa Comments Off on Honor Magic 2 Dengan Rekaan Seperti Oppo Find X Tetapi Lebih Berkuasa

Honor tidak ketinggalan untuk berdiri di pentas IFA di Berlin. Jadi mereka telah berkesempatan untuk mengacahkan produk terbaharu sebelum pelancaran rasmi dalam beberapa bulan lagi. Produk yang dimaksudkan ialah Honor Magic 2 yang direka unik seakan Oppo Find X.

Honor Magic pada mulanya telah diperkenalkan di China pada 2016 dalam kuantiti yang terhad. Bagaimanapun, untuk generasi yang kedua ini ia akan dipasarkan secara global. Peranti ini memiliki rekaan badan yang boleh digelungsur tetapi bukan dalam bentuk automatik sebaliknya perlu dibuat secara manual. Ia memiliki kamera yang tersembunyi jadi rekaan panel depan kita boleh lihat ia menggunakan paparan skrin penuh.

Selain daripada itu, Magic 2 akan menggunakan teknologi pengecasan pantas 40W yang dipanggil Magic Charge. Kuasa output yang disalurkan ialah sama seperti kuasa output yang ada pada Oppo Find X Lamborghini Edition. Apa yang menjadikan peranti ini lebih berkuasa ialah ia dimuatkan dengan cip pemproses Kirin 980.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend