Honor FlyPods Lite Dan SoundStone Diumumkan Dengan Tanda Harga Kurang RM350 Comments Off on Honor FlyPods Lite Dan SoundStone Diumumkan Dengan Tanda Harga Kurang RM350 161

Honor Malaysia hari ini memperkenalkan dua produk terbaru iaitu Honor FlyPods dan Honor SoundStone kepada pengguna di negara ini. Kedua-duanya dijadualkan akan mula dijual pada bulan hadapan dengan tanda harga kurang daripada RM350.

Honor FlyPods Lite adalah fon telinga tanpa wayar sebenar yang memiliki rekaan fizikal bertangkai dengan saiz yang kecil serta ringan. Ia turut didatangkan bersama bekas khas yang juga berfungsi sebagai alat pengecas. Fon telinga ini tiada isu jika terkena basahan kerana ia diiktiraf kalis air dan peluh melalui sokongan IP54. Sistem sambungan pula menawarkan Bluetooth v4.2 dan menurut Honor dengan bateri penuh FlyPods Lite mampu memainkan muzik berdefinasi tinggi selama 12 jam.

Honor SoundStone pula merupakan pembesar suara mudah alih yang direka untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Rekaan luaran SoundStone hadir dengan lapisan fabrik yang mudah dibersihkan. Ia dimuatkan pemacu magnet NdFeB dan pembesar suara berfrekuensi penuh kustomasi bagi mengeluarkan bunyi yang lantang serta semula jadi. Menariknya, ia juga menyediakan mikrofon berteknologi cVc™ untuk kegunaan panggilan persidangan. Bateri sebesar 400mAh pula dikatakan berupaya memutarkan muzik selama lebih 8.5 jam.

Tiada tarikh khusus bilakah ia akan dijual, tetapi tanda harga sudah didedahkan. Honor FlyPods Lite mengenakan tanda harga RM349 seunit manakala Honor SoundStone pula dijual dengan harga RM149 sebuah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend