HONOR 9X Pro Akan Dijual Bermula 17 April Di Malaysia Pada Harga RM999 Comments Off on HONOR 9X Pro Akan Dijual Bermula 17 April Di Malaysia Pada Harga RM999

Hari ini HONOR Malaysia telahpun memperkenalkan telefon pintar terbaharunya iaitu model HONOR 9X Pro untuk pasaran tempatan melalui acara rasmi ‘Intelligent Lifestyle’.

Ditawarkan pada harga RM999, HONOR 9X Pro akan mula dijual pada 17 April 2020 secara eksklusif di HONOR Experience Store. Tersedia dalam warna Phantom Purple dan Midnight Black, setiap pembelian HONOR 9X Pro akan turut menerima HONOR Band 5i secara percuma.

HONOR 9X Pro merupakan telefon pintar pertama daripada HONOR yang menggunakan cipset 7nm iaitu Kirin 810. Dilengkapi dengan skrin IPS LCD FHD+ sebesar 6.59 inci, ia telah dioperasikan dengan EMUI 9.1.1 (Android 9.0 Pie), RAM 6GB, storan 256GB dan juga kad microSD sehingga 512GB.

Keupayaan penggambarannya dilengkapi tiga kamera utama beresolusi 48MP (f/1.8) + 8MP (Super Wide Angle, f/2.4) + 2MP (Depth, f/2.4). Manakala menyokong kamera depan jenis terangkat beresolusi 16MP (f/2.2).

Ketahanan bateri HONOR 9X Pro telah dijana oleh bateri berkapasiti 4000mAh dengan pengecasan 10W menggunakan sambungan USB Type-C. Selain itu ia turut menyokong WiFi 802.11ac (5GHz), Bluetooth v4.2, bicu audio 3.5mm dan juga dilengkapi dengan sistem penyejukan.

Tonton video buka kotak HONOR 9X Pro:

Baca juga:

https://teknoratz.com/ulasan-honor-9x-pro-storan-256gb-yang-boleh-lagi-ditambah/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend