HONOR 9X Edisi Terhad Stoned & Co Akan Ditawarkan Dalam Kuantiti Terhad Tidak Lama Lagi Comments Off on HONOR 9X Edisi Terhad Stoned & Co Akan Ditawarkan Dalam Kuantiti Terhad Tidak Lama Lagi

Di dalam majlis pelancaran HONOR 9X  pada penghujung bulan November yang lepas, HONOR Malaysia turut mengumumkan HONOR 9X edisi terhad hasil kerjasama dengan label pakaian popular dari Jepun iaitu Stoned & Co.

Menariknya hari ini HONOR Malaysia telah mengesahkan akan membawa masuk model edisi terhad itu dengan menampilkan rekaan semula pada kotak pembungkusan yang tertera logo ikonik daun Maple. Selain daripada itu, HONOR 9X edisi terhad ini turut didatangkan dengan sarung pelindung edisi terhad.

Buat masa ini HONOR Malaysia tidak lagi mengesahkan tarikh pelancaran rasmi HONOR 9X Edisi Terhad Stoned & Co., tetapi ia akan ditawarkan dalam kuantiti terhad di HONOR Experience Stores (HES).

Baca juga:

[Ulasan] HONOR 9X – Peranti Pertama HONOR Dengan Sokongan Kamera Depan Terangkat

HONOR 9X Berharga RM999 Akan Mula Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Bermula 28 November

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend