HONOR 9X Berharga RM999 Akan Mula Dijual Pada 28 November, Percuma HONOR Band 5 Sport Dan Kotak Hadiah Comments Off on HONOR 9X Berharga RM999 Akan Mula Dijual Pada 28 November, Percuma HONOR Band 5 Sport Dan Kotak Hadiah

Hari ini HONOR Malaysia telahpun melancarkan secara rasmi telefon pintar terbaharunya melalui model HONOR 9X untuk pasaran tempatan.

Berbeza dengan model sebelum ini, ia merupakan peranti pertama dari HONOR menampilkan skrin penuh dan rekaan kamera terangkat.

Dilengkapi skrin penuh FullView Display berukuran 6.59 inci, HONOR 9X turut menjanjikan sentuhan panel belakang unik ‘Dynamic X Design’ untuk warna Sapphire Blue. Selain itu ia turut tersedia dalam warna Midnight Black.

Pra-tempah HONOR 9X akan dijual pada harga RM999 bermula pada 22 hingga 27 November di Hihonor dan Lazada. Pengguna yang membuat pra-tempah boleh menambah RM0.99 untuk memiliki HONOR Sport PRO ataupun HONOR Band 5 Sport serta kotak hadiah.

HONOR 9X akan mula dijual secara rasmi secara online di Hihonor, Lazada dan Shopee pada 28 November 2019. Manakala ia akan dijual di HONOR Experience Stores (HES) pada 29 November 2019. Setiap pembelian akan menerima HONOR Band 5 Sport dan kotak hadiah atau anda boleh membeli HONOR Sport PRO Headphone pada harga RM199 (sah sehingga 1 Disember 2019, selagi stok masih ada).

Spesifikasi HONOR 9X:

  • EMUI 9.1 (Android 9.0 Pie)
  • Kirin 710F
  • 6GB + 128GB ( microSD sehingga 512GB)
  • 6.59 inci HONOR FullView Display FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 48MP + 8MP (Super Wide Angle) + 2MP (Depth sensor)
  • Kamera depan: 16MP Pop-up Camera
    4000mAh (USB Type-C, 5V2A)
  • Pilihan warna: Sapphire Blue, Midnight Black

Baca juga:

[Ulasan] HONOR 9X – Peranti Pertama HONOR Dengan Sokongan Kamera Depan Terangkat

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend