Honor 9i (2018) Merupakan Jelmaan Semula Honor 9 Lite Dengan Rekaan Skrin Bertakuk Comments Off on Honor 9i (2018) Merupakan Jelmaan Semula Honor 9 Lite Dengan Rekaan Skrin Bertakuk

honor 9 Lite baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada bulan Mac 2018 yang lalu, dan kini muncul pula model terbaru iaitu honor 9i yang merupakan jelmaan semula model tersebut. Sungguhpun begitu, honor 9i (2018) dilihat telah menerima beberapa pembaharuan baru terutamanya rekaan skrin bertakuk dengan nisbah skrin 19:9 berukuran 5.84 inci FHD+ (2280 x 1080 piksel).

Hadir dengan kerangka logam dan juga panel belakang kaca 2.5D yang menerima salutan nano sehingga 12 lapisan, ia menjanjikan permukaan yang sangat berkilat. honor 9i (2018) yang dikuasakan dengan pemproses HiSilicon Kirin 659 telah dioperasikan oleh EMUI 8.0 yang berasaskan Android 8.0 Oreo, dan juga bateri berkapasiti 3000 mAh. Sama seperti honor Play, ia juga turut dilengkapi dengan teknologi GPU Turbo untuk prestasi permainan yang terbaik.

Keupayaan penggambaran honor 9i (2018) hadir dengan dwi kamera utama beresolusi 13 Megapiksel + 2 Megapiksel. Manakala penggambaran swafotonya pula hanya dilengkapi dengan satu lensa beresolusi 16 Megapiksel dengan saiz piksel yang sangat besar iaitu 2.0μm.

honor 9i (2018) ditawarkan dalam dua varian berbeza iaitu 64GB + RAM 4GB yang dijual pada harga CNY1,399 (kira-kira RM870), dan varian 128GB + RAM 4GB pula akan dijual pada harga CNY1,699 (kira-kira RM1,060). Ditawarkan dalam empat warna iaitu Magic Night Black, Charm Sea Blue, Jade Green dan juga Dream Purple, honor 9i (2018) akan dijual bermula 7 Jun 2018 nanti di China.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend