
Seperti yang kami telah kongsikan tiga hari yang lepas, honor Malaysia telah melancarkan telefon pintar empat kamera pertama keluarannya untuk pasaran tempatan dengan model honor 9 Lite.

Dijual pada harga pasaran RM749, hari ini pengguna sudah boleh membuat pembelian honor 9 Lite melalui laman Shopee pada harga tawaran yang jauh lebih rendah iaitu hanya RM699 untuk tempoh terhad. 150 pembeli pertama honor 9 Lite akan turut menerima alat mekap Maybelline New York bernilai RM50 secara percuma.
honor 9 Lite dikuasakan dengan pemprosers HiSilicon Kirin 659, ruang storan 32GB, RAM 4GB, dan juga bateri berkapasiti 3,000 mAh. Terdapat dua warna pilihan ditawarkan iaitu Sapphire Blue dan juga Glacier Gray.