honor 9 Lite Kini Dilancarkan Secara Rasmi Pada Harga RM749 Comments Off on honor 9 Lite Kini Dilancarkan Secara Rasmi Pada Harga RM749

Hari ini honor telah bekerjasama dengan Shopee untuk menawarkan siri honor Lite yang pertama untuk pasaran Malaysia dengan kemunculan model honor 9 Lite.

Paparan skrin berukuran 5.65 inci FHD+ dengan nisbah 18:9.

Pengguna boleh membeli model honor pertama dengan sokongan empat kamera ini pada harga hanya RM749. Apa yang pasti dengan penawaran harga sebegini, ia merupakan model keluaran honor paling mampu milik boleh didapati di pasaran dan ia tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Sapphire Blue dan juga Glacier Gray.

Dua warna boleh dipilih iaitu Sapphire Blue dan Glacier Grey.

Lebih menariknya, Shopee akan menawarkan honor 9 Lite pada harga yang jauh lebih rendah iaitu hanya RM699 bermula 9 Mac ini untuk tempoh masa yang terhad. Sempena meraikan hari pelancaran ini, Shopee akan turut menganjurkan peraduan swafoto di Instagram pada 12 hingga 31 Mac ini, dan dua orang pemenang yang bertuah akan menerima 2 unit honor 9 Lite untuk diri mereka dan juga sahabat baik masing-masing. Shopee juga akan turut mengadakan permainan Facebook Live dari 7 hingga 9 Mac ini dengan menawarkan honor 9 Lite untuk dimenangi pada setiap hari.

Dwi kamera 13 MP + 2 MP.
Kerangka logam dengan kemasan warna yang sangat menarik.

Spesifikasi honor 9 Lite:

  • Android 8.0 Oreo (EMUI 8.0)
  • HiSilicon Kirin 659 Octa Core (4x 2.36 GHz + 4x 1.7 GHz)
  • ROM 32GB / RAM 3GB
  • 5.65 inci FHD+, 2160 x 1080 piksel (428 ppi)
  • 151 x 71.9 x 7.6mm / 149g
  • Kamera Utama : 13 Megapiksel + 2 Megapiksel
  • Kamera Hadapan : 13 Megapiksel + 2 Megapiksel
  • 3,000 mAh
  • WiFi 802.11 b/g/n, Bluetooth v4.2, microUSB 2.0
  • Pengimbas cap jari
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend