Honor 8X Sah Akan Terima Kemas Kini EMUI 9.0 Berasaskan Android 9.0 Pie Tidak Lama Lagi Comments Off on Honor 8X Sah Akan Terima Kemas Kini EMUI 9.0 Berasaskan Android 9.0 Pie Tidak Lama Lagi 1147

Sebulan selepas Honor 8X dilancarkan di China, model dengan skrin sebesar 6.5 inci ini telah diperkenalkan pula secara rasmi di Malaysia. Kombinasi antara harga jualan yang mampu milik dan juga spesifikasi antara yang terbaik dalam kelasnya, telah meletakkan Honor 8X sebagai salah satu model yang berbaloi untuk dimiliki.

Kini pemilikan Honor 8X terasa lebih berbaloi kerana ia bakal menerima kemas kini EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie tidak lama lagi. Perkara ini telah disahkan melalui pengumuman program pengambilan penguji EMUI 9.0 beta untuk model Honor 8X yang telah diumumkan baru-baru ini.

Antaramuka aplikasi Beta yang membolehkan penguji EMUI versi beta melaporkan sebarang isu yang dihadapi, sebelum versi stabil diperkenalkan.

Buat masa ini lima buah negara telah terlibat dengan program tersebut iaitu Malaysia, India, Jerman, Itali dan juga Perancis. Memandangkan program EMUI 9.0 beta untuk Honor 8X ini dibuka untuk kuantiti yang terhad, anda yang berminat untuk mencubanya sudah boleh mendaftarnya hari ini.

Muat turun aplikasi ‘Beta’ untuk mendaftar sebagai penguji EMUI 9.0 beta untuk Honor 8X:

Baca juga:

Huawei Dedah Sebanyak 150 Juta Pengguna Akan Menerima Kemas Kini EMUI 9.0 Berasaskan Android Pie

Honor Buang Bezel Untuk Skrin Yang Lebih Luas – Honor 8X

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend