
Honor Malaysia hari ini melancarkan peranti terbaharu Honor 8X kepada pengguna di Malaysia, menawarkan peranti berspesifikasi kelas pertengahan dengan paparan penuh pertama daripada Honor.
Honor 8X dilengkapi skrin besar bertakuk dengan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 91% – seumpama peranti bersaiz 5.5-inci dengan paparan bersaiz 6.5-inci. Peranti ini dibekalkan bateri sebesar 3,750mAh dan ia dijana cipset Kirin 710 serta dioperasikan EMUI 8.2 yang menyokong GPU Turbo berasaskan Android 8.1 Oreo terus daripada kotak.
Bagi memenuhi spesifikasi, Honor 8X dimuatkan kamera utama berkuasa AI menerusi sensor 20MP + 2MP, sementara untuk berswafoto, peranti ini menyediakan kamera depan 16MP. Selain daripada itu, kamera ini juga menyediakan ciri Super Night Shot untuk penggambaran malam.

Honor 8X dijual pada harga RM949 untuk memori 4GB RAM dan 128GB storan. Peranti ini boleh dimiliki di pasaran bermula 12 Oktober melalui Shopee dan HiHonor. Setiap pembelian juga didatangkan sekali bersama gelang pintar Honor Band 3 (RM119), sarung boleh lipat, kotak hadiah, dan baucar Honor bernilai RM100.
Spesifikasi
- 6.5″ IPS LCD 19:9 (2340 x 1080p)
- 91% nisbah skrin-ke-kerangka
- HiSilicon Kirin 710
- EMUI 8.2 + Android 8.1 Oreo
- Memori 4GB + 128GB
- Sokong microSD sehingga 256GB
- Kamera utama 20MP f/1.8 PDAF + 2MP bokeh
- Kamera depan 16MP f/2.0
- 3,750mAh microUSB (5V/2A)
- Bluetooth v4.2 / Face Unlock / Pengimbas cap jari
- Warna Hitam, Biru, Merah, Merah Jambu
- Berat 175g
