Honor 8X Dalam Warna Phantom Blue Berharga RM949 Akan Mula Dijual Pada 15 Februari 2019 Comments Off on Honor 8X Dalam Warna Phantom Blue Berharga RM949 Akan Mula Dijual Pada 15 Februari 2019 403

Selepas menawarkan Honor 8X Red Edition pada 7 November yang lalu, hari ini sekali lagi Honor Malaysia telah mengumumkan satu lagi warna baharu dengan penawaran Honor 8X Phantom Blue untuk pengguna tempatan. Dengan harga jualan RM949, warna baharu ini akan bertukar warna dari biru ke ungu apabila dipandang pada sudut berbeza.

Honor 8X Phantom Blue mengekalkan sokongan spesifikasi yang sama seperti sebelum ini iaitu skrin 6.5 inci FHD+, dikuasakan dengan cipset Kirin 710 dengan GPU Turbo, memori 4GB + 128GB, kamera swafoto 20MP, dwi kamera utama beresolusi 20MP + 2MP, dan juga bateri berkapasiti 3750 mAh.

Sebagai rujukan, Honor 8X Phantom Blue sebelum ini telahpun diumumkan buat pertama kalinya pada 2 Januari yang lepas. Bermula 15 Februari nanti, anda boleh memiliki warna baharu ini secara eksklusif di Hihonor.com/myLazada dan juga Shopee. Manakala pembelian melalui kedai fizikal Honor Experience Store di seluruh negara boleh dibuat bermula 16 Februari 2019 (Sabtu) ini.

Baca juga:

Honor 8X Sah Akan Terima Kemas Kini EMUI 9.0 Berasaskan Android 9.0 Pie Tidak Lama Lagi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend