Honor 8X Dalam Warna Merah Akan Dijual Bermula 7 November Pada Harga RM949, Percuma Honor Band 3 Comments Off on Honor 8X Dalam Warna Merah Akan Dijual Bermula 7 November Pada Harga RM949, Percuma Honor Band 3

Berikutan sambutan terhadap model Honor 8X adalah sangat menggalakkan selepas 1000 unit terjual dalam tempoh 20 minit, Honor Malaysia hari ini telah mengumumkan satu lagi berita menarik berhubung kemunculan Honor 8X dalam warna merah untuk pasaran tempatan.

Selain daripada warna sedia ada iaitu biru dan hitam, Honor 8X dalam warna merah ini akan turut menyokong spesifikasi yang sama pada harga jualan yang sama iaitu RM949. Ia akan mula dijual di Hihonor, Shopee, Lazada dan juga 11street bermula 7 November ini, dan ia akan ditawarkan dalam kuantiti terhad iaitu 500 unit sahaja.

Setakat ini Honor 8X telah ditawarkan dalam tiga warna untuk pasaran tempatan iaitu biru, hitam dan yang terbaru warna merah.

Setiap pembelian Honor 8X di Hihonor, mereka akan turut menerima gelang tangan pintar Honor Band 3 berharga RM119 secara percuma (stok terhad). Honor 8X dalam edisi warna merah ini juga akan turut dijual di kedai terpilih bermula 10 November nanti.

Sebelum ini pembelian Honor 8X dalam warna biru dan hitam turut diberikan Honor Band 3 secara percuma.

Spesifikasi

  • 6.5″ IPS LCD 19:9 (2340 x 1080 piksel)
  • 91% nisbah skrin-ke-kerangka
  • HiSilicon Kirin 710
  • EMUI 8.2 + Android 8.1 Oreo
  • Memori 4GB + 128GB
  • Sokong microSD sehingga 256GB
  • Kamera utama 20MP f/1.8 PDAF + 2MP bokeh
  • Kamera depan 16MP f/2.0
  • 3,750mAh microUSB (5V/2A)
  • Bluetooth v4.2 / Face Unlock / Pengimbas cap jari
  • Berat 175g
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend