Honor 8X Bakal Memasuki Pasaran Malaysia Oktober Depan Comments Off on Honor 8X Bakal Memasuki Pasaran Malaysia Oktober Depan

Bersempena Honor Fan Fest, perkara lain yang turut diumumkan ialah berkenaan Honor 8X untuk pasaran Malaysia. Menurut Honor Malaysia, peranti tersebut bakal menggantikan Honor 7X yang dilancarkan pada akhir tahun lepas dimana ia membawakan spesifikasi yang lebih baik dan terkini.

Baca juga: Honor Play X Audi – Peranti Paling ‘Rare’ Di Malaysia

Paparan LCD bersaiz 6.5-inci

Diletakkan di bawah kategori peranti pertengahan-bawah, Honor 8X merupakan peranti Honor yang pertama tampil dengan paparan hampir penuh – lebih kurang seperti vivo NEX atau Oppo Find X. Tetapi, bagi mengekalkan harga mampu milik yang sudah sinonim dengan Honor, skrin ini memiliki takuk dengan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 91%.

Pertama di dunia dengan sokongan TUV pada skrin – untuk kegunaan dalam gelap

Kelengkapan lain ialah bateri berkapasiti 3,750mAh yang membolehkan pengguna bermain permainan PUBG Mobile selama 4.86 jam dengan sokongan GPU Turbo. Selain daripada itu, bagi memberikan pengalaman yang sama seperti Honor Play, integrasi 4D Gaming turut dimasukkan bersama.

Honor 8X akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia sekitar awal bulan hadapan – dengar-dengar pada 8 Oktober (tidak pasti). Pada hari pelancaran nanti seperti biasa harga akan diumumkan.

Spesifikasi
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend