Honor 8 Pro Telah Diturunkan Harga, Kini Hanya RM1,699 Comments Off on Honor 8 Pro Telah Diturunkan Harga, Kini Hanya RM1,699

honor Malaysia hari ini telah mengumumkan penurunan harga jualan rasminya untuk model honor 8 Pro sebanyak RM100, menjadikan harga baharunya kini hanya RM1,699 (harga asal RM1,799).

honor 8 Pro yang dijual pada pertengahan tahun lepas ini merupakan model telefon pintar rasmi yang telah diiktiraf sebagai peranti yang akan digunakan oleh pemain permainan mudah alih profesional di dalam acara rasmi eSports. Ini kerana honor 8 Pro dilihat berupaya menawarkan prestasi, grafik dan juga keperincian yang baik dalam memastikan pengalaman terbaik kepada pemain.

Spesifikasi honor 8 Pro:

  • HiSilicon Kirin 960 (Vulkan API)
  • EMUI 5.1 (Android 7.0 Nougat)
  • 64GB / RAM 6GB
  • 157 x 77.5 x 6.97mm, 184g
  • 5.7 inci QHD (2560 x 1440 piksel)
  • 12 Megapiksel (RGB) + 12 Megapiksel (Monokrom) / 8 Megapiksel
  • 4,000 mAh
  • Pengimbas cap jari, USB Type-C, Inframerah, 4G LTE
  • Sokong fungsi 3D dan VR
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend