honor 7A Kini Dilancarkan Secara Rasmi Pada Harga Bermula Dari RM479, Eksklusif Di Shopee Comments Off on honor 7A Kini Dilancarkan Secara Rasmi Pada Harga Bermula Dari RM479, Eksklusif Di Shopee

Shopee selaku platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara telah bekerjasama dengan honor Malaysia untuk melancarkan honor 7A secara rasmi di negara ini. Model terbaru dari honor ini akan mula dijual secara eksklusif melalui jualan murah Super honor Day pada 8 Jun 2018 nanti.

honor 7A yang disasarkan untuk pasaran mampu milik ini dijangka mampu mendapat perhatian pengguna dari segmen telefon pintar bajet kerana ia akan dijual pada harga yang sangat kompetitif iaitu RM479 untuk varian 16GB + RAM 2GB, manakala varian 32GB + RAM 3GB pula akan dijual pada harga RM569. Terdapat dua warna pilihan ditawarkan iaitu emas dan juga hitam.

Lebih menariknya, pengguna yang membuat pembelian honor 7A varian 16GB + RAM 2GB melalui kedai rasmi honor di Shopee pada 8 Jun 2018 (bermula 9 pagi) akan menikmati tawaran harga istimewa iaitu hanya RM429 sahaja, berbanding harga asal RM479.

 

Spesifikasi honor 7A:

  • EMUI 8.0 (berasaskan Android 8.0 Oreo)
  • Qualcomm MSM8937 Snapdragon 430
  • Tiga slot kad SIM dan microSD berasingan
  • 16GB + RAM 2GB / 32GB + RAM 3GB
  • microSD sehingga 256GB
  • Kamera utama: 13 Megapiksel (Single LED Flash)
  • Kamera hadapan: 8 Megapiksel (Selfie Toning Flashlight)
  • WiFi 802.11 b/g/n, Bluetooth v4.2, microUSB 2.0
  • 3000 mAh
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend