Honor Play 7 Kini Dilancarkan Dengan Paparan 18:9 Berukuran 5.45 Inci HD+ Dan Kamera Swafoto 24 Megapiksel Comments Off on Honor Play 7 Kini Dilancarkan Dengan Paparan 18:9 Berukuran 5.45 Inci HD+ Dan Kamera Swafoto 24 Megapiksel

honor baru-baru ini telah melancarkan model terbarunya dari siri honor 7 di China dengan kemunculan honor Play 7. Berbeza dengan siri honor yang lain seperti honor 7X, honor 7A dan juga honor 7C, honor 7 ini dilihat menampilkan sokongan spesifikasi yang lebih rendah.

Walaupun honor Play 7 menyokong paparan skrin bernisbah 18:9, ia memiliki saiz skrin yang lebih kecil berbanding siri honor 7 yang lain iaitu hanya berukuran 5.45 inci IPS LCD dengan resolusi HD+ (1440 x 720 piksel). Malah ia juga dikuasakan dengan pemproses empat teras dengan prestasi yang sederhana iaitu MediaTek MT6739 yang berkelajuan 1.5GHz. Antaramukanya pula menampilkan versi EMUI 8.1 yang terbaru berasaskan Android 8.1 Oreo.

Rekaan kamera honor Play 7 kelihatan seperti menyokong dua kamera, tetapi sebenarnya ia hanya menawarkan satu kamera sahaja.

Dari segi keupayaan penggambaran, honor Play 7 menawarkan hanya satu kamera utama beresolusi 13 Megapiksel dengan rekaan yang kelihatan mirip seperti dwi kamera. Manakala kamera hadapannya pula tampil dengan sokongan resolusi lebih besar iaitu 24 Megapiksel dilengkapi lampu LED soft light.

Terdapat tiga warna ditawarkan iaitu hitam, biru dan emas. Kerangka berwarna emas hadir dengan panel depan berwarna putih, manakala dua warna lagi hadir dengan panel depan berwarna hitam.

honor Play 7 akan mula dijual di China pada 22 Mei 2018 ini dengan harga jualan mampu milik iaitu CNY599 atau bersamaan kira-kira RM370. Terdapat tiga warna boleh dipilih termasuklah biru, hitam dan emas.

Spesifikasi honor Play 7:

  • Dwi SIM dengan kepantasan 4G LTE
  • EMUI 8.1 (Android 8.1 Oreo)
  • MediaTek MT6739 (4x 1.5GHz)
  • PowerVR GE8100
  • 16GB + RAM 2GB
  • microSD sehingga 256GB (slot berasingan)
  • 5.45 inci IPS LCD HD+ (1440 x 720 piksel)
  • Kamera utama: 13 Megapiksel
  • Kamera hadapan: 24 Megapiksel
  • WiFi 802.11 b/g/n, Bluetooth v4.2
  • 3020 mAh (5V1A)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend