HONOR 30 Pro Diperlihatkan Sebelum Pelancaran Rasmi Minggu Hadapan Comments Off on HONOR 30 Pro Diperlihatkan Sebelum Pelancaran Rasmi Minggu Hadapan

Siri HONOR 30 yang akan membariskan HONOR 30, HONOR 30 Pro, dan HONOR 30 Lite dikatakan akan membuat kemunculan sulung pada 15 April 2020 di China.

Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, Presiden HONOR, Zhao Ming menerusi video siaran langsungnya telah berkongsi beberapa keping imej pengolokan menunjukkan peranti yang dipercayai HONOR 30 Pro.

Imej itu turut mendedahkan hampir keseluruhan reka bentuk belakang peranti malah memperlihatkan rekaan modul kamera Matrix yang digunakan. Terdapat tetapan kuadkamera yang mana diantaranya menyertakan lensa periskop dan lensa 50MP IMX700. Untuk dua lensa lagi ia tidak diketahui, tetapi tidak mustahil ianya adalah lensa ultralebar dan makro atau ToF.

Imej kedua dan ketiga pula menujukkan kemasan warna yang mana satu peranti berwarna biru dan satu lagi berwarna kelabu. Sementara itu, kita juga dapat lihat panel belakang peranti ini menunjukkan kemasan premium. Tidak mustahil ia akan menggunakan bahan berasaskan kaca dengan efek kusam seperti siri HUAWEI P40.

HONOR 30 Pro dijangka hadir dengan paparan OLED 6.57-inci FHD+, dikuasakan cip pemproses Kirin 990 5G disamping memori RAM sehingga 12GB serta storan sehingga 256GB yang turut diisi dengan bateri sebesar 3900mAh.

Apa-apapun HONOR akan memperincikan maklumat mengenai peranti semasa pelancaran nanti.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend