HONOR 30 Pro Dan 30 Turut Dilancarkan – Ada Lensa Periskop, Paparan OLED, Kirin 990 5G Comments Off on HONOR 30 Pro Dan 30 Turut Dilancarkan – Ada Lensa Periskop, Paparan OLED, Kirin 990 5G

HONOR pada hari ini telah memperkenalkan tiga model dibawah siri yang sama iaitu HONOR 30 Pro dan HONOR 30 selain versi paling tinggi iaitu HONOR 30 Pro+.

Baca: HONOR 30 Pro+ Dilancarkan Dengan Kamera 50MP, Lensa Periskop, Paparan 90Hz, Kirin 990 5G

HONOR 30 Pro

Kita mulakan dengan versi Pro, telefon ini hadir dengan reka bentuk yang serupa dengan versi Pro+ tetapi pada skrin peranti, ianya agak berbeza sedikit kerana skrin OLED 6.57-inci ini hanya menyokong kadar segar semula 60Hz berbanding 90Hz yang ada pada model Pro+.

Terdapat pengimbas cap jari bawah skrin selain dua kamera depan 32MP dan 8MP ultralebar yang dibenamkan kedalam paparan. Peranti ini mengenakan konfigurasi kamera belakang 40MP IMX600, lensa periskop 8MP yang boleh mengezum sejauh 5x secara optikal dan 50x zum digital selain kamera 2MP kedalaman.

HONOR 30 Pro dikuasakan cipset Kirin 990 5G dengan pilihan memori RAM sama ada 8GB atau 12GB dan storan sehingga 256GB. Bateri yang menjana peranti ialah sebesar 4000mAh berserta sokongan pengecasan pantas 40W kesemuanya dijalankan di atas sistem operasi Magic UI 3.1.0 berasaskan Android 10.

Peranti ini dijual pada harga CNY3999 (~RM2463) untuk 8GB+128GB dan CNY4399 (~RM2709) untuk varian 8GB+256GB. Ia hadir dalam pilihan warna ungu, hitam, kelabu, dan hijau.

HONOR 30

Telefon ini merupakan versi asas yang mana ia membawakan paparan OLED berukuran 6.53-inci FHD+ dengan kamera berlubang 32MP di bahagian penjuru skrin. Nyahkunci peranti juga boleh diakses menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin yang disediakan.

HONOR 30 dilengkapi kuadkamera belakang 40MP utama, 8MP periskop yang boleh mengezum sehingga 5x optikal, 8MP ultralebar, dan 2MP kedalaman yang mana keempat-empat lensa ini sama seperti versi Pro.

Peranti turut lengkap dengan sistem kuasa daripada SoC Kirin 990 5G, memori sehingga 8GB RAM, dan pilihan storan 128GB atau 256GB. HONOR 30 juga mempunyai bateri 4000mAh yang boleh dicas pantas melalui teknologi 40W. Selain itu, saiznya juga lebih kompak berbanding versi Pro dan Pro+.

HONOR 30 dijual di China dengan beberapa konfigurasi iaitu 6GB+128GB, 8GB+128GB, dan 8GB+256GB masing-masing pada harga CNY2999 (~RM1847), CNY3199 (~RM1970), dan CNY3499 (~RM2155) seunit. Warna yang ditawarkan pula ialah hitam, ungu, dan hijau.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend