HONOR 20 Pro Icelandic Frost Akan Dijual Di Malaysia Tidak Lama Lagi Comments Off on HONOR 20 Pro Icelandic Frost Akan Dijual Di Malaysia Tidak Lama Lagi 78

HONOR 20 Pro mula dijual di Malaysia pada pertengahan bulan lalu, menawarkan spesifikasi tinggi pada harga RM2299. Terdapat dua pilihan warna yang tersedia ketika ini iaitu Phantom Black dan Phantom Blue.

Hari ini, pihak HONOR Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa terdapat satu lagi warna baharu yang akan dibawa masuk ke negara ini, ianya dipanggil Icelandic Frost.

Icelandic Frost menggunakan warna asas putih dengan kehadiran warna ungu yang diinspirasikan dari sebuah tempat yang bernama Jokulsarlon Glacier Lagoon yang terletak di negara Iceland.

Buat masa ini, tiada maklumat tentang harga tetapi kami percaya HONOR akan mengekalkan harga asal peranti ini kepada orang ramai.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend