Honor 20 Pro dan Honor 20 Kini Dilancarkan Dengan Kirin 980, Magic UI 2.1 Serta Empat Kamera Comments Off on Honor 20 Pro dan Honor 20 Kini Dilancarkan Dengan Kirin 980, Magic UI 2.1 Serta Empat Kamera

Setelah pelbagai ketirisan maklumat berhubung Honor 20 Pro dan juga Honor 20 berjaya didedahkan sebelum ia dilancarkan, akhirnya kedua-dua model terbaharu itu telahpun diumumkan secara rasmi melalui acara khas yang berlangsung di London semalam.

Honor 20 Pro dan Honor 20 dilihat mengekalkan penampilan panel skrin mirip seperti Honor View20 dengan rekaan lubang kamera pada bahagian atas kiri skrinnya, bagi menempatkan kamera depan beresolusi 32MP. Kedua-dua model ini hadir dengan saiz skrin yang sama iaitu berukuran 6.26 inci IPS LCD dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080 piksel).

Tidak dinafikan bahawa Honor 20 Pro dan Honor 20 memiliki sokongan spesifikasi yang sama iaitu dikuasakan dengan cipset Kirin 980, dioperasikan oleh Magic UI 2.1 berasaskan Android 9.0 Pie, GPU Turbo 3.0, sistem fail EROFS, dwi slot kad nanoSIM, pengimbas cap jari terbina-dalam butang kuasa, satu speaker dengan Virtual 9.1 Surround Sound dan juga sokongan teknologi pengecasan pantas 22.5W (4.5V5A).

Apa yang membezakan antara Honor 20 dan Honor 20 Pro?!

#1. Memori

  • Honor 20 Pro – 8GB (LPDDR4x RAM) + 256GB (UFS 2.1)
  • Honor 20 – 6GB (LPPDR4x RAM) + 128GB (UFS 2.1)

#2. Empat kamera utama

  • Honor 20 Pro – 48MP (f/1.4, Sony IMX586) + 16MP (f/2.2, Super Wide Angle) + 8MP (f/2.4, Telephoto, 3x zum optikal) + 2MP (f/2.4, Macro)
  • Honor 20 – 48MP (f/1.8, Sony IMX586) + 16MP (f/2.2, Super Wide Angle) + 2MP (f/2.4, Depth sensing) + 2MP (f/2.4, Macro)

#3. Bateri

  • Honor 20 Pro – 4000 mAh (Huawei SuperCharge 22.5W, USB Type-C)
  • Honor 20 – 3750 mAh (Huawei SuperCharge 22.5W, USB Type-C)

#4. Sistem penyejukan

  • Honor 20 Pro –

#5. Ukuran dan berat

  • Honor 20 Pro – 154.6 x 73.97 x 8.44mm / 182g
  • Honor 20 – 154.25 x 73.97 x 7.87mm / 174g

Honor 20 Pro ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Sapphire Blue dan Midnight Black, manakala Honor 20 juga turut tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu Icelandic White, Phantom Blue dan juga Phantom Black. Kedua-dua model ini akan dijual pada harga €599 (kira-kira RM2,799) untuk model Honor 20 Pro (8GB + 256GB), dan Honor 20 (6GB + 128GB) pula akan dijual pada harga €499 (kira-kira RM2,331).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend