HONOR 20 Pro Akan Dijual Di Malaysia 15 Ogos Ini Pada Harga RM2,299 Comments Off on HONOR 20 Pro Akan Dijual Di Malaysia 15 Ogos Ini Pada Harga RM2,299 418

Bulan lalu, HONOR Malaysia telah mengacah yang mana pihaknya akan membawa masuk telefon pintar mercu terbaru HONOR 20 Pro ke pasaran tempatan.

Terkini, mereka telah mengumumkan secara rasmi bahawa peranti tersebut akan mula dijual di negara ini mulai minggu hadapan, 15 Ogos 2019. Harganya pula ialah RM2,299 yang mana dilihat cukup berpatutan untuk sebuah telefon pintar premium berspesfikasi tinggi.

Menariknya, tawaran pembelian HONOR 20 Pro turut didatangkan dengan hadiah eksklusif bernilai RM500 melalui kedai fizikal dan dalam talian.

  • HONOR Experience Store = Bagasi premium + HONOR Mini Bluetooth speaker + HONOR Tripod selfie stick
  • Shopee / HIHONOR.com = HONOR Band 3 + HONOR FlyPods Lite

Selain menawarkan hadiah istimewa, pemilik juga akan menerima waranti extra selama setahun.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend