Honor 20 Habis Terjual Dalam Tempoh 3 Jam Selepas Ia Mula Dijual Di Laman Rasmi Honor Malaysia Comments Off on Honor 20 Habis Terjual Dalam Tempoh 3 Jam Selepas Ia Mula Dijual Di Laman Rasmi Honor Malaysia 387

Honor Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa telefon pintar terbaharunya iaitu Honor 20 telah habis dijual dalam tempoh tiga (3) jam pada hari pertama jualannya di laman e-dagang, hihonor.com/my. Menariknya ketersediaan jualan Honor 20 itu juga turut diadakan serentak dengan sambutan ulang tahun ke-5 Honor pada 21 Jun yang lepas.

Dijual pada harga RM1,699, Honor 20 yang dibeli melalui platform e-dagang itu akan turut menerima hadiah menarik iaitu Honor FlyPods Lite dan juga beg galas Honor secara percuma. Bagi yang terlepas peluang untuk memilikinya, anda boleh berbuat demikian di kedai rasmi Honor di Shopee ataupun kedai fizikal Honor Experience Store di seluruh Malaysia, termasuklah senQ Digital Stations.

Honor 20 dikuasakan dengan cipset Kirin 980, sokongan memori 6GB + 128GB, dioperasikan oleh Magic UI 2.0 (Android 9.0 Pie), paparan skrin 6.26 inci FHD+, bateri 3750 mAh (22.5W), kamera depan 32MP dan juga empat kamera utama beresolusi 48MP + 16MP + 2MP + 2MP. Terdapat dua warna boleh dipilih iaitu Midnight Black ataupun Sapphire Blue.

Baca juga:

[Ulasan] Honor 20 Dengan Rekaan Kamera Depan Dalam Skrin Dan Empat Kamera Utama

Sebanyak Satu Juta Unit Honor 20 Berjaya Dijual Dalam Tempoh 14 Hari Untuk Pasaran Di China

Honor 20 Berharga RM1,699 Akan Dijual Bermula 21 Jun 2019 Dengan Hadiah Percuma Bernilai RM500

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend