Honor 10 Menerima Kemas Kini COL-L29 8.1.0.120 Dengan Penawaran Fungsi Party Mode Dan Penambahbaikan Kamera AI Comments Off on Honor 10 Menerima Kemas Kini COL-L29 8.1.0.120 Dengan Penawaran Fungsi Party Mode Dan Penambahbaikan Kamera AI

Walaupun baru sahaja dilancarkan secara rasmi, baru-baru ini honor 10 model COL-L29 dilihat sudah menerima kemas kini terbaru dengan menawarkan fungsi baharu serta penambahbaikan pada fungsi sedia ada. Menurut AndroidAuthority, ketersediaan kemas kini terbaru ini sudahpun mula diterima secara OTA (Over-The-Air) secara berperingkat-peringkat oleh pengguna.

Melalui kemas kini COL-L29 8.1.0.120, honor 10 akan menerima satu fungsi baharu iaitu Party Mode yang membolehkan beberapa peranti disambungkan secara serentak menggunakan rangkaian NFC. Fungsi ini secara tidak langsung membenarkan anda mendapatkan bunyi audio keliling yang lebih kuat.

Selain itu, honor 10 yang telah dikemaskinikan juga akan turut menerima penambahbaikan kamera AI dengan keupayaannya untuk memaparkan teks mesej bagi menunjukkan kesan foto yang akan digunakan. Tambahan ciri ini dianggap sangat baik kerana sebelum ini proses pengecaman persekitaran atau subjek dilihat tidak begitu jelas.

Party Mode

Proses pengimbas cap jari juga kini turut dipertingkatkan dengan keupayaan untuk mengesan jika cap jari anda berhadapan dengan sebarang isu untuk diimbas ataupun tidak. Sistem peranti akan meminta anda untuk memadam dan menggantikannya cap jari berkenaan jika perlu. Selain itu, kemas kini ini turut menawarkan tema serta live wallpaper baharu, aplikasi HiCare kini ditempatkan pada homescreen dan juga akan turut menerima keselamatan sistem untuk bulan Mei 2018.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend