
Honor sebelum ini telah melancarkan model Honor 10 di China pada April tahun ini di China, dan sebulan selepas itu ia telah dilancarkan pula untuk pasaran global. Kini melalui perkongsian rasmi yang dibuat oleh Honor melalui akaun Weibo mereka, varian lebih mampu milik untuk model itu akan diperkenalkan tidak lama lagi dengan kemunculan Honor 10 Lite.

Berdasarkan pendedahan yang dibuat, Honor 10 Lite akan dilancarkan secara rasmi di Beijing,China, pada 21 November nanti dan ia bakal bersaing dengan model keluaran Xiaomi iaitu Mi 8 Lite yang baru sahaja memasuki pasaran tempatan baru-baru ini. Melalui imej poster yang dikongsikan, Honor 10 Lite memiliki panel belakang kaca dengan sokongan dwi kamera dan juga sensor pengimbas cap jari.
Buat masa ini tiada banyak maklumat tentang Honor 10 Lite berjaya diperolehi, tetapi ia dikhabarkan akan dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 710, dengan sentuhan warna kecerunan. Untuk mengetahui spesifikasi lengkap dan juga harga jualannya, sama-sama kita nantikan pendedahannya nanti.