Honor 10 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,699 Comments Off on Honor 10 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,699

Lebih kurang sebulan selepas honor 10 dilancarkan buat pertama kalinya kepada umum di China, kali ini tiba giliran Malaysia pula untuk membawa masuk model terbaru dari honor ini secara rasmi.

Sebagaimana yang kami telah kongsikan sebelum ini, honor 10 menampilkan kemasan panel belakang kaca dengan efek warna aurora yang sangat unik kerana memiliki tona warna yang berbeza bergantung kepada sudut pandangannya. Selain itu, ia juga turut menyokong butang Home yang lebih canggih menggunakan teknologi Ultrasonic yang membolehkan sensor pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian bawah paparan skrin. Lebih menariknya, ia juga boleh digunakan sebagai butang kawalan Android dengan kaedah leretan atau sentuhan.

Aspek penggambarannya honor 10 juga telah menampilkan sokongan dwi kamera beresolusi 16 Megapiksel (RGB, f/1.8) + 24 Megapiksel (Monokrom) dengan keupayaan AI yang memastikan tetapan kamera ditala secara automatik bergantung kepada persekitaran ataupun subjek. Manakala kamera hadapannya pula menjanjikan kualiti swafoto yang lebih baik melalui kehadiran lensa 24 Megapiksel (f/2.0).

honor 10 juga turut menyokong pemproses AI dari HiSilicon Kirin 970, dioperasikan oleh EMUI 8.1 berasaskan Android 8.1 Oreo, RAM 4GB, dua pilihan ruang storan iaitu 64GB atau 128GB, bateri berkapasiti 3400 mAh dengan teknologi pengecasan SuperCharge (5V4.5A), dan juga port USB Type-C untuk tujuan pengecasan, sambungan kabel serta sambungan fon telinga.

Tersedia dalam empat warna pilihan iaitu Phantom Blue, Phantom Green, Midnight Black dan juga Glacier Grey. honor 10 akan dijual pada harga RM1,699 bermula 24 Mei 2018.

Lebih menariknya dari 24 Mei hingga 31 Mei 2018 ini, setiap pembelian honor 10 akan turut menerima pulangan tunai sebanyak RM100.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend