Honor 10 GT Dengan Sokongan RAM 8GB Yang Dilengkapi Teknologi GPU Turbo Kini Dilancarkan Comments Off on Honor 10 GT Dengan Sokongan RAM 8GB Yang Dilengkapi Teknologi GPU Turbo Kini Dilancarkan

Hari ini honor telah memperkenalkan telefon pintar pertama keluarannya dengan sokongan RAM 8GB melalui kemunculan model terbaru iaitu honor 10 GT. Dari segi penampilan fizikalnya, edisi yang telah dipertingkatkan ini dilihat masih mengekalkan reka bentuk yang sama seperti model asalnya iaitu honor 10 yang diperkenalkan pada April yang lalu.

Apa yang membezakan honor 10 GT ini adalah sokongan kapasiti RAM sebesar 8GB, teknologi AIS (AI Stabilization) untuk penggambaran malam seperti siri P20 dan juga dilengkapi teknologi GPU Turbo yang mampu mengoptimumkan perkakasan serta perisian untuk prestasi grafik yang lebih baik. Berdasarkan kenyataan rasmi honor, teknologi ini berupaya menjanjikan prestasi grafik sehingga 60% dan dalam masa yang sama 30% lebih jimat tenaga.

honor 10 GT di pasaran sememangnya sangat sesuai untuk pengguna yang gemarkan aktiviti permainan mudah alih. Ini kerana teknologi GPU Turbo berupaya mengoperasikan permainan seperti King of Glory pada kadar bingkai penuh (full frame rate). honor turut mendakwa bahawa prestasi single-thread peranti kelas pertengahannya dengan sokongan GPU Turbo mampu mengatasi prestasi multi-thread sesetengah peranti flagship.

Buat masa ini pihak honor masih lagi belum mendedahkan harga jualan untuk model honor 10 GT, tetapi ia telah disahkan akan dijual bermula 24 Julai 2018 di China.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend