Honor 10 Dipercayai Akan Dijual Pada Harga RM1,999 Di Malaysia?! Comments Off on Honor 10 Dipercayai Akan Dijual Pada Harga RM1,999 Di Malaysia?!

Kemunculan model terbaru honor 10 sememangnya berjaya menarik perhatian banyak pihak kerana sebagaimana yang kita sedia maklum, ia menawarkan sokongan spesifikasi sama seperti model flagship pada harga jualan yang lebih kompetitif. Malah apa yang membuatkan honor 10 lebih istimewa adalah penggunaan warna unik aurora yang akan berubah mengikut sudut pandangan berbeza.

Kami di TeknoRatz hari ini telah menerima maklumat yang mendedahkan harga jualan honor 10 untuk pasaran tempatan, sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada 22 Mei 2018 nanti. Melalui maklumat yang diterima, honor 10 akan dijual pada harga RM1999, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada harga ini termasuk cukai GST sebanyak 6% ataupun tidak.

Bagi memastikan sama ada berita ini benar ataupun tidak, sama-sama kita nantikan pendedahan rasmi oleh honor Malaysia pada majlis pelancarannya nanti.

Spesifikasi honor 10:

  • Android 8.1 Oreo (EMUI 8.1)
  • HiSilicon Kirin 970
  • 5.84 inci FHD+ (2280 x 1080 piksel)
  • RAM 4GB + 64GB/128GB
  • Kamera utama: 16 Megapiksel + 24 Megapiksel
  • Kamera hadapan: 24 Megapiksel
  • 3400 mAh
  • Pengecasan pantas 5V4.5A
  • Phantom Blue, Phantom Violet, Seagull Grey, Magic Night Black

Kemas Kini!

Berikutan daripada laporan mengenai ketirisan dokumen yang memaparkan harga jualan honor 10 di media sosial baru-baru ini, pihak honor Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa dokumen yang diedarkan bukanlah salinan akhir dan ditandatangani antara pihak yang terlibat. honor Malaysia juga percaya bahawa kesemua dokumen undang-undang harus dirahsiakan bagi melindungi pihak yang terikat dengan kontrak dan sebarang maklumat berkaitan syarikat dan jenama tidak boleh dikongsikan dengan mana-mana pihak di luar perjanjian.

honor Malaysia mengambil perkara ini dengan sangat serius kerana ia dilihat telah melanggar kepercayaan, dan juga bertentangan dengan etika jenama honor. Pihak honor Malaysia dikatakan sedang menyiasat perkara ini dan ingin mendapatkan kerjasama dan juga pemahaman daripada orang ramai.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend