HongMeng OS Dipercayai Akan Diperkenalkan Dalam Acara ‘HUAWEI Developers Conference’ Pada 9 Ogos Nanti Comments Off on HongMeng OS Dipercayai Akan Diperkenalkan Dalam Acara ‘HUAWEI Developers Conference’ Pada 9 Ogos Nanti 398

Pendedahan tentang kewujudan sistem operasi HongMeng OS yang dibanergunkan sendiri oleh HUAWEI sudah mula diperkatakan sejak isu sekatan terhadap jenama itu dikenakan oleh kerajaan AS. Dibangunkan sebagai alternatif untuk sistem operasi Android, HongMeng OS sebelum ini didakwa mampu menjanjikan kelancaran pengoperasian aplikasi sehingga 60% lebih laju berbanding Android.

Berdasarkan pendedahan yang telah dikongsikan oleh media tempatan di China, HUAWEI dipercayai akan memperkenalkan sistem operasi yang telah dibangunkan itu buat pertama kalinya kepada umum, bersempena dengan persidangan ‘HUAWEI Developers Conference’ pada 9 Ogos 2019 nanti.

Antara ketirisan screenshots yang dipercayai diambil melalui sistem operasi HongMeng OS.

Di dalam temu ramah dengan CEO HUAWEI sebelum ini, Ren Zhengfei telah mendedahkan bahawa sistem operasi HongMeng OS bukan sekadar dibangunkan untuk telefon pintar semata-mata, tetapi ia memiliki potensi yang lebih luas untuk IoT (Internet of Things) yang selaras dengan perkembangan rangkaian 5G.

Walaupun berita tentang pendedahan HongMeng OS ini tidak dapat disahkan kesahihannya, ia adalah tidak mustahil akan didedahkan di dalam persidangan tersebut. Ini kerana HUAWEI sebelum ini sudahpun dilaporkan telah memiliki seramai 560,000 pembangun berdaftar, 1,500 rakan niaga, dan juga seramai 5,600 pembangun global.

Baca juga:

Huawei Dilaporkan Mula Menjemput Pembangun Untuk Menawarkan Aplikasi Mereka Di Dalam AppGallery

Huawei Telah Mendaftar Tanda Dagang “HongMeng” Di Malaysia

HongMeng OS Tidak Akan Diabaikan Malah Akan Lebih Baik Berbanding Android Dan MacOS

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend