HMD Global Umum Lapan Model Nokia Yang Akan Terima Kemas Kini Android 9.0 Pie Comments Off on HMD Global Umum Lapan Model Nokia Yang Akan Terima Kemas Kini Android 9.0 Pie

Berbeza dengan kebanyakan pengeluar telefon pintar yang lain, HMD Global dilihat telah mengambil pendekatan lebih selamat dengan memperkenalkan sokongan platform Android One untuk kesemua model yang dilancarkannya di pasaran. Menariknya peranti Android One ini telah disahkan akan menerima kemas kini terbaru yang lebih cepat untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun.

Jadi baru-baru ini HMD Global selaku pengeluar telefon pintar jenama Nokia telah mengeluarkan senarai rasmi perantinya yang akan menerima kemas kini rasmi Android 9.0 Pie seperti berikut:

  1. Nokia 3.1 Plus → (Januari 2019)
  2. Nokia 5 → (Januari 2019)
  3. Nokia 6 → (Suku pertama 2019)
  4. Nokia 5.1 → (Suku pertama 2019)
  5. Nokia 3.1 → (Suku pertama 2019)
  6. Nokia 2.1 → (Suku pertama 2019)
  7. Nokia 3 → (Awal suku kedua 2019)
  8. Nokia 1 → (Awal suku kedua 2019)

Senarai peranti Nokia yang telah menerima kemas kini Android 9.0 Pie:

  1. Nokia 8 Sirocco → (9 Januari 2019)
  2. Nokia 8 → (18 Januari 2019)
  3. Nokia 5.1 Plus → (27 Disember 2018)
  4. Nokia 7.1 → (27 November 2018)
  5. Nokia 6.1 → (30 Oktober 2018)
  6. Nokia 6.1 Plus → (31 Oktober 2018)
  7. Nokia 7 Plus → (28 September 2018)

Baca juga:

Nokia 3.1 Plus Akan Dijual Bermula 25 Januari Pada Harga RM699 – Skrin 6.0″ Dan Dwi Kamera

Nokia 5.1 Plus Sudah Mula Menerima Kemas Kini Android Pie

Kemas Kini Android 9.0 Pie Untuk Model Nokia 8 Terpaksa Ditangguhkan Berikutan Isu Yang Dihadapi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend