HMD Global Lancar Nokia 8.3 5G, Nokia 5.3, Nokia 1.3 Dan Nokia 5310 Untuk Pasaran Global Comments Off on HMD Global Lancar Nokia 8.3 5G, Nokia 5.3, Nokia 1.3 Dan Nokia 5310 Untuk Pasaran Global

Selepas membatalkan majlis pelancaran dalam acara MWC 2020, kini HMD Global telahpun memperkenalkan empat model terbaharunya di dalam satu acara yang dibuat melalui penstriman langsung. Empat model yang dilancarkan adalah Nokai 8.3 5G, Nokia 5.3, Nokia 1.3 dan juga telefon asas iaitu Nokia 5310.

Nokia 8.3 5G

Ia merupakan telefon pintar 5G pertama yang diperkenalkan oleh Nokia dengan sokongan jalur radio daripada 600MHz hingga 3.8GHz. Ini secara tidak langsung menjadikan Nokia 8.3 5G sebagai telefon pintar 5G global yang turut menyokong dwi mod 5G (SA/NSA).

Dikuasakan dengan Snapdragon 765G, Nokia 8.3 5G turut menyokong skrin besar berukuran 6.81 inci FHD+ PureView Display, kapasiti RAM sehingga 8GB dan juga storan dalaman sehingga 128GB. Pengalaman tontonan pada peranti ini diperhebatkan lagi dengan HDR10 dan juga efek sinematik Zeiss.

Nokia 8.3 5G menjanjikan keupayaan penggambaran kuad kamera beresolusi 64MP (f/1.89) + 12MP (Ultra Wide, f/2.2) + 2MP (Depth) + 2MP (Macro). Kamera depannya pula beresolusi 24MP dengan sokongan optik Zeiss.

Ia juga dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4500mAh dengan pengecasan pantas 18W. Tersedia dalam warna Polar Night, Nokia 8.3 5G dijual pada harga EUR599 (~RM2,826) untuk varian 6GB + 64GB dan EUR649 (~RM3,062) untuk varian 8GB + 128GB.

Nokia 5.3

Nokia 5.3 merupakan peranti kelas pertengahan yang dikuasakan dengan Snapdragon 665 dan dioperasikan oleh Android 10. Ia menyokong kuad kamera beresolusi 13MP + 5MP (Ultra Wide) + 2MP (Depth) + 2MP (Macro), serta kamera depan 8MP.

Dilengkapi paparan skrin 6.55 inci, Nokia 5.3 menyokong bateri berkapasiti 4000mAh, 4GB RAM, storan dalaman 64GB dan juga butang dedikasi Google Assistant. Ia akan dijual pada harga EUR189 (~RM890) dalam tiga warna iaitu Cyan, Sand dan Charcoal.

Nokia 1.3

Disasarkan untuk segmen mampu milik, Nokia 1.3 memiliki skrin berukuran 5.7 inci HD+, kamera utama 8MP dengan sokongan teknologi low-light image fusion, kamera depan 5MP, dan juga bateri berkapasiti 3000mAh.

Nokia 1.3 dikuasakan dengan cipset Snapdragon 215 ini turut dioperasikan oleh Android 10 Go Edition. Tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu Cyan, Sand dan Charcoal, Nokia 1.3 dengan RAM 1GB dan storan 16GB ini akan dijual pada harga EUR95 (~RM448).

Nokia 5310

Diinspirasikan daripada Nokia 5310 XpressMusic, Nokia 5310 memfokuskan kepada keupayaan pemain muzik dengan penyediaan radio FM dan juga butang kawalan MP3. Lebih istimewanya, ia turut dilengkapi dengan dwi speaker stereo.

Nokia 5310 juga memiliki skrin berukuran 2.4 inci, kamera VGA dengan LED Flash, bateri 1200mAh dan juga tersedia dengan butang pad fizikal. Ia akan dijual pada harga EUR39 (~RM184).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend