Hasil Gambar Xiaomi Mi 6X Dikongsikan Kepada Umum – Sensor Sony IMX376/486 + Aperture f/1.75 Comments Off on Hasil Gambar Xiaomi Mi 6X Dikongsikan Kepada Umum – Sensor Sony IMX376/486 + Aperture f/1.75

Xiaomi Mi 6X baru sahaja dilancarkan secara rasmi di China pada hari ini, peranti terbaru dari Xiaomi ini jelas dilihat memfokuskan kepada aspek prestasi terbaik di dalam kelasnya dengan sokongan pemproses berkeupayaan AI iaitu Qualcomm Snapdragon 660 dan juga pilihan kombinasi storan yang sangat besar mencecah sehingga 128GB + RAM 6GB.

Tetapi untuk pengetahuan anda, Xiaomi Mi 6X ini juga sebenarnya turut menjanjikan kehebatan penggambaran yang terbaik dengan sokongan dwi kamera utama beresolusi 12 Megapiksel (Sony IMX486, Aperture f/1.75) + 20 Megapiksel (Sony IMX376, Aperture f/1.75), dan juga kamera swafoto 20 Megapiksel (Sony IMX376, Aperture f/1.75). Malah ia juga turut dilengkapi dengan ciri AI yang boleh mengenal pasti objek atau persekitaran bagi mengaktifkan mod penggambaran yang bersesuaian.

Hasil gambar kamera hadapan Xiaomi Mi 6X:



Hasil gambar menggunakan dwi kamera utama Xiaomi Mi 6X:





Previous ArticleNext Article

Send this to a friend