Hasil Gambar Ruang Angkasa Yang Diambil Menggunakan Kamera 48MP Pada Redmi Note 7 Dikongsikan Comments Off on Hasil Gambar Ruang Angkasa Yang Diambil Menggunakan Kamera 48MP Pada Redmi Note 7 Dikongsikan

Sejak dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada Mac yang lalu, Redmi Note 7 telah berjaya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan kerana ia menjanjikan sokongan spesifikasi yang baik pada harga yang mampu milik. Bahkan di China sahaja, lebih empat juta unit Redmi Note 7 telah berjaya dijual.

Ternyata Xiaomi inginkan menjanjikan satu lagi kelainan kepada peminat Redmi Note 7 apabila baru-baru ini mereka telah melancarkan misi untuk menghantar model telefon pintar itu ke ruang angkasa. Bagi memastikan misi itu berjaya, pasukan operasi telah ditugaskan untuk memastikan simulasi yang sempurna, manakala pasukan teknikal pula ditugaskan untuk menghasilkan rig kamera khas.

Tonton video misi Redmi Note 7 di ruang angkasa:

Cabaran untuk melepaskan Redmi Note 7 yang akan diterbangkan oleh belon yang telah diisi dengan 8,500 liter gas hidrogen ini sememangnya mencabar kerana ia perlu berhadapan dengan suhu serendah -60° Celsius. Sebanyak tiga unit Redmi Note 7 telah ditempatkan ke bekas khas yang telah dibina.

Hasil gambar ruang angkasa yang diambil menggunakan Redmi Note 7:

Menariknya, bukan sahaja Redmi Note 7 itu berjaya berlepas ke ruang angkasa, tetapi hasil gambar ruang angkasa yang diambil menggunakan kamera 48MP pada peranti itu juga berjaya dikongsikan kepada umum.

Baca ulasan Redmi Note 7:

[Ulasan] Redmi Note 7 – Peranti Mampu Milik Dengan Spesifikasi Terbaik Dalam Kelasnya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend