Hasil Gambar Huawei P30 Pro Di Dalam Gelap Dengan Mod Auto, Jauh Lebih Terang Berbanding ‘Night Sight’ Comments Off on Hasil Gambar Huawei P30 Pro Di Dalam Gelap Dengan Mod Auto, Jauh Lebih Terang Berbanding ‘Night Sight’

Dinobatkan sebagai telefon pintar dengan keupayaan kamera terbaik oleh DxOMark, Huawei P30 Pro telah menawarkan sokongan empat kamera dengan lensa periskop dengan ciri zum yang terbaik boleh anda miliki di pasaran. Dengan kemampuannya 5x zum optikal, 10x zum hibrid, dan juga 50x zum digital, ia sudah tentunya sukar dicabar oleh kebanyakan pencabarnya.

Hasil gambar menggunakan tiga jenis zum berbeza pada Huawei P30 Pro:

1x (normal)
5x zum optikal
10x zum hibrid

Hasil gambar 10x zum hibrid pada Huawei P30 Pro:

Namun begitu, melalui perkongsian hasil gambar yang telah dikongsikan oleh editor senior dari portal The Verge melalui akaun Twitter miliknya, Huawei P30 Pro jelas membuktikan keupayaan penggambaran di dalam persekitaran gelap yang sukar ditandingi. Ini kerana tanpa menggunakan mod khas malam (Night), ia dilihat masih mampu mendapatkan hasil gambar yang jauh lebih terang berbanding peranti lain.

Perbandingan hasil gambar dalam persekitaran gelap Huawei P30 Pro dengan pesaingnya:

→ Huawei P30 Pro vs Google Pixel 3

Google Pixel 3 (mod auto)
Google Pixel 3 (Night Sight)
Huawei P30 Pro (mod auto)

→ Huawei P30 Pro vs Samsung Galaxy S10+ vs Apple iPhone XS

Huawei P30 Pro (mod auto)
Samsung Galaxy S10+ (mod auto)
Apple iPhone XS (mod auto)

Melalui hasil gambar yang dikongsikan ini, jelas dapat dibuktikan bahawa apa yang diwar-warkan oleh Huawei tentang keupayaan penggambaran low-light pada Huawei P30 Pro bukanlah sekadar gimik semata-mata. Ini kerana sebelum ini Huawei telah mendedahkan bahawa Huawei P30 Pro masih mampu mengambil gambar yang terang walaupun dengan sumber cahaya yang sangat terhad (1 lux).

sumber

Baca juga:

Koleksi Hasil Gambar Menggunakan Lensa SuperZoom Sehingga 50x Zum Digital Pada Huawei P30 Pro

Huawei P30 Pro Catat Skor Tertinggi Di DxOMark Dengan 112 Poin

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend