Hasil Gambar Diambil Menggunakan Samsung Galaxy S20 Dan Galaxy S20+ Mula Tertiris Comments Off on Hasil Gambar Diambil Menggunakan Samsung Galaxy S20 Dan Galaxy S20+ Mula Tertiris

Terkenal dengan ketepatan berita tertiris berhubung telefon pintar baharu, @MaxWinebach baru-baru ini telah mula memuat naik beberapa keping gambar yang memperlihatkan keupayaan penggambaran Samsung Galaxy S20 dan juga Galaxy S20+.

Berdasarkan perkongsian pertama, dia telah memperlihatkan keupayaan penggambaran kamera Galaxy S20+ dengan memuat naik dua keping gambar yang menyaksikan hasil gambar menggunakan lensa utama dan juga lensa telefoto dengan 30x zum digital.

Perkongsian keduanya pula telah memperlihatkan perbandingan hasil gambar antara Samsung Galaxy S20 dan juga Galaxy S10 yang diambil pada waktu malam. Apa yang pasti, keupayaan penggambaran malam pada Galaxy S20 dilihat jauh lebih baik berbanding generasi sebelumnya.

Manakala untuk perkongsian terakhir, dia telah memuat naik dua keping gambar di dalam bilik yang diambil menggunakan Samsung Galaxy S20 dan juga Galaxy S10.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend