Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Dipinda Pada Hari Isnin, 8 Jun 2020 Comments Off on Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Dipinda Pada Hari Isnin, 8 Jun 2020

Melalui perkongsian Kenyataan Media yang dikongsikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk meminda Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bagi tahun 2020 ini.

Pada tahun ini tarikh itu akan dipinda daripada hari Sabtu 6 Jun 2020, kepada hari Isnin (8 Jun 2020). Hari Keputeraan Rasmi ini juga telah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am.

Kerajaan telah bersetuju supaya mulai tahun 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Hari Keputeraaan Rasmi Baginda adalah pada hari Isnin pertama bulan Jun setiap tahun.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend