Harga vivo V9 Diturunkan Kepada RM1,199 Iaitu Pengurangan Sebanyak RM200 Comments Off on Harga vivo V9 Diturunkan Kepada RM1,199 Iaitu Pengurangan Sebanyak RM200

Vivo V9 telah dilancarkan pada tahun ini dan menariknya telefon ini telah mendapat sambutan yang tinggi oleh rata-rata pengguna di Malaysia. Ia juga antara telefon pintar yang terawal menggunakan paparan bertakuk. Jadi melanjutkan promosi, vivo Malaysia hari ini mengumumkan penurunan harga sebanyak RM200 sekaligus menjadikan ia kini berharga RM1,199 seunit.

Baca juga: Peranti Mampu Milik Dengan Sokongan Paparan Skrin Bertakuk Dan Dwi Kamera

Vivo V9 yang sebelum ini dijual pada harga RM1,399 memiliki paparan bersaiz 6.3-inci dengan rekaan yang menyertakan sistem dwi kamera 16MP dan 5MP dengan sokongan penggambaran AI. Ia dikuasakan cipset Snapdragon 626, RAM 4GB, dan storan 64GB. Bateri yang dimuatkan ialah berkapasiti 3,260mAh dan yang menariknya ialah kamera swafoto 24MP.

Beli vivo V9

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend