Harga Samsung Galaxy S10+ Edisi Seramik Tertiris, 12GB + 1TB Dijual Pada Harga Cecah RM6,000?! Comments Off on Harga Samsung Galaxy S10+ Edisi Seramik Tertiris, 12GB + 1TB Dijual Pada Harga Cecah RM6,000?! 525

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Samsung melancarkan telefon pintar mercunya pada 20 Februari ini, tetapi sebelum sempat diumumkan secara rasmi harga jualan untuk model Samsung Galaxy S10+ edisi seramik telah mula dikongsikan oleh @evleaks.

Berdasarkan perkongsian tweet tersebut, harga jualan model itu untuk pasaran di China akan dijual pada harga CNY9,000 (kira-kira RM5,432) untuk varian 8GB + 512GB. Manakala untuk varian 12GB + 1TB pula akan dijual pada harga yang lebih tinggi iaitu mencecah CNY10,000 (kira-kira RM6,035).

Jika dilihat pada harga jualan yang tertiris itu, ia sememangnya agak mahal tetapi jika dilihat pada sokongan kapasiti yang sangat besar dan ditambah pula dengan penggunaan panel seramik yang pertama kali diperkenalkan pada peranti Samsung, ia mungkin menjadi salah satu faktor yang mendorong harga jualan sebegitu.

Panel belakang Samsung Galaxy S10+ yang diperbuat daripada seramik tampil dengan kemasan kusam (matte) berbanding panel kaca biasa pada kemasan warna ‘Prism White’ yang tampil berkilat.

Namun begitu, memandangkan ia hanyalah sekadar perkongsian yang masih belum dapat disahkan, adalah lebih baik kita nantikan pendedahan rasminya tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend