Harga Runcit Minyak Turun Sehingga 10 Sen Untuk 4 April Hingga 10 April 2020 Comments Off on Harga Runcit Minyak Turun Sehingga 10 Sen Untuk 4 April Hingga 10 April 2020

Harga baharu untuk produk petroleum hari ini menunjukkan penurunan sehingga 10 sen apabila kerajaan mengumumkan harga runcit RON95, RON97, dan Diesel masing-masing turun sebanyak 8 sen, 8 sen, dan 10 sen menjadikannya kini berharga RM1.30, RM1.60, dan RM1.58 seliter.

Penurunan ini menunjukkan ianya adalah kali kelima berturut-turut selepas yang terakhir RM2.08 pada akhir Februari yang lalu.

Bagi yang bergerak ke tempat kerja untuk perkhidmatan penting (essential services), harga baharu ini mungkin boleh memanfaatkan anda dan bagi yang berada di rumah pula anda juga boleh menggunakan kesempatan ini untuk mengisi penuh tangki kenderaan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend